Friday, December 31, 2010

sunnah orang berjuang

SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

ehsan daripada: http://www.salamcyber.com

Tuesday, December 28, 2010

jaulah part.1

Assalamualaikum....

Dear diary,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah kerana telah merahmati perjalanan jaulah kami yang berusia 10 hari itu. Ekspedisi menelusuri muka bumi Great Britain telah berjaya ditamatkan di bandar Cardiff tepat jam 7.30 malam pada hari Isnin yang lepas.

Sesungguhnya tiada kata dalam apa jua bahasa sekalipun dapat aku gunakan untuk melahirkan rasa syukur yang amat sangat ini melainkan dengan ucapan alhamdulillah. Jaulah yang pada asalnya nampak mustahil untuk dimulakan ini telah dipermudahkan sejak hari pertama kami berangkat. Keadaan salji yang turun seolah-olah tiada ampunnya tiba-tiba menjadi tenang dan mendamaikan.

Destinasi kami yang pertama ialah bandar juara seluruh dunia..LONDON! Tibanya kami di sana hanyalah untuk bermalam pada hari sabtu supaya pada hari ahadnya kami semua akan dapat melawat tempat2 menarik sekitar bandar kemegahan itu. Ditakdirkan lokasi bermalam kami ialah sebuah masjid kecil yang dihidupkan oleh sekumpulan jemaah tabligh. Aku kurang ingat jumlah mereka, tetapi mereka itu manusia-manusia yang sungguh hebat. Kami dilayan bagai saudara dekat yang sudah lama dirindui walaupun itu kali pertama kami berkenalan.

Persaudaraan kerana Allah yang terjalin selama hanya 18 jam itu telah mempertautkan hati-hati kaki sehinggakan perpisahan kami usai solat maghrib pada hari Ahad itu diiringi tangisan yang berbaur antara kesedihan dan kesyukuran atas pertemuan dan perpisahan itu. Aku akan cuba dapatkan photo kami bersama yang disimpan sahabatku, Afif.

Perjalanan kami diteruskan ke destinasi kedua iaitu bandaraya Manchester. Bandar yang sangat masyur di kalangan pelajar2 dari Malaysia kerana keistimewaan sebuah jalan yang dinamakan Rusholme. Istimewanya bandar ini adalah kerana ianya dihiasi dengan 1001 hidangan makanan yang lazat timur tengah dengan harga yang sangat berpatutan berbanding di tempat2 lain. Berjalan dalam kesibukan malam di Rusholme street membuatkan kami seolah-olah berada di sebuah negara timur tengah. Hampir 90% kedai dimiliki oleh orang Islam yang rata-ratanya memilih makanan sebagai tema utama perniagaan mereka.

Kami menginap selama 3 malam 2 hari di sana. Antara destinasi yang sempat kami lawati termasuklah stadium pasukan bolasepak kegemaranku sejak kecil, Manchester United. Stadium yang dikenali dengan nama Theathre of Dream @ Old trafford itu merupakan stadium EPL yang terbesar setakat ini. Selain itu, kaki juga berkesempatan melawat ke stadium2 lain seperti Emirates stadium, Stanford bridge, City stadium dan akhir sekali Anfield. Harap-harap ianya memenuhi impian sebahagian daripada kami yang begitu 'die hard fan' kepada pasukan kegemaran mereka.

Memandangkan aku sudah keletihan, insyaallah coretan jaulah ini aku sambung di lain waktu. Sekian, wassalam...

Destinasi berikutnya....liverpool,york,newcastle, glasgow,edinburgh, dan sheffield.

Monday, December 27, 2010

agenda perubahan

Assalamualaikum...

Tidak dapat tidak hidup ini perlu punya agenda. Sebagai seorang muslim terutamanya, kita harus punya agenda yang besar iaitu untuk menyelamatkan umat yang sedang kebakaran kini. Terlalu hanyak masa kita dibuang sebenarnya hanya kerana ingin memutuskan cara bagaimana yang harus kita pilih untuk memadamkan api tersebut sedangkan umat sedang meraung2 meminta diselamatkan.

Saya tidak mengatakan kita tidak perlu memilih cara yang terbaik untuk tujuan itu tetapi berpadalah dalam perkara tersebut.setiap orang dibentangkan dengan pelbagai kaedah yang ideal dan berteraskan sunnah Rasulullah saw. Jadi, yang lebih penting bagi kita adalah untuk melaksanakan kaedah itu dengan amal-amal kita yang banyak berbanding cakap-cakap kita yang berpanjangan.

Pemilihan kaedah yang pelbagai itu sebenarnya suatu perkara yang menepati fitrah kita sebagai manusia. Bukankah itu yang berlaku semasa kita berdepan dengan kebakaran? Ada yang mengambil tindakan untuk menelefon pasukan bomba. Ada juga yang akan menelefon pihak ambulance. Lebih dari itu, pasti ada juga yang akan lebih berani merempuh gelojak api yang sedang marak itu untuk menyelamatkan manusia-manusia yang ditimpa musibah itu. Tindakan ini lahir berdasarkan penilaian masing-masing terhadap keadaan yang dihadapi. Jadi, tidak perlulah kita terlalu mempersoalkan tindakan-tindakan mereka kerana masing-masing akhirnya akan membantu dalam menyelamatkan mangsa kebakaran itu.

Bahkan gabungan kesemua kaedah itu akan lebih menambahkan keberkesanan dalam menyelamatkan mereka. Jadi, perlulah diingatkan bersama bahawa sekarang adalah waktunya untuk amal-amal kita berbicara lebih lantang berbanding ucapan-ucapan kita. Kita berdoa kepada Allah agar menetapkan kita dalam hidayah-Nya.

Monday, December 20, 2010

jaulah musim sejuk

Assalamualaikum...
Dear diary.
Maaf kerana agak lama aku x utus berita. Sedang sibuk dengan jaulah (jalan2) merentasi kesejukan winter nie. Aku sekarang berada di Manchester, destinasi kedua selepas London. Hari ni sudah masuk hari yg ketiga daripada 8 kesemuanya.
Banyak perkara yg ingin aku kongsikan sebenarnya tp tidak pasti yang mana harus aku mulakan. Tapi insyaallah aku berhajat untuk menulis sebuah coretan tentang perjalanan ini. Peristiwa ini harus aku catat kerana terlalu banyak perkara yg istimewa yg berlaku dalam jaulah yg tidaklah terlalu istimewa ini.
Semoga baki perjalanan ini akan terus dirahmati dan dilindungi oleh Allah swt dan moga2 lebih banyak lagi perkara2 istimewa yg akan menemani perjalanan kami. Aku akan terus menulis kepadamu jika punya kelapangan, insyaallah.

Wednesday, December 15, 2010

Terima kasih 'teacher'


Assalamualaikum...

Dear diary,
Aku rasa penat sangat hari ni. Mungkin kurang tidur kot sebab semalam jam 3.30 pagi baru aku terlelap. Tapi alhamdulillah,esei aku berkenaan prostate cancer sudah hampir selesai.

Terima kasih teacher!kerana pernah mengajar saya bagaimana caranya untuk melukis tulang ikan. Hihi...Di sini saya lampirkan sekeping gambar tulang ikan yang saya lukis sendiri menggunakan 'magic pen' yang berwarna-warni.

Monday, December 13, 2010

Prostate cancer?

Assalamualaikum...

Dear diary,

Sorry lama tak utus berita. Semuanya ok2 saja buat masa sekarang ni, cumanya aku sedang bersengkang mata menyiapkan satu assignment yang agak merumitkan dan memeningkan ni.

Segala-galanya berpunca daripada "prostate cancer" atau lebih tepat lagi "screening for prostate cancer". Aku ditugaskan untuk menyiapkan esei menerangkan "why we should screen for prostate cancer?" walhal screening program ni masih ditentang oleh kebanyakan pertubuhan kesihatan seluruh dunia.

Semua artikel yang telah aku baca menentang idea menjalankan mass screening for prostate cancer ni. Hampir tiada hujah-hujah yang menyokong program ini dijalankan. Aduhh! Sungguh memenatkan untuk menyiapkan esei ni.

Tapi kata orang berpantang ajal sebelum maut!

Jadi, selagi mana mampu aku akan terus merobek ke mana-mana pelusuk 'website' di alam siber nie bagi menemui maklumat yang menyokong hujahku. Tugasan ini harus aku selesaikan. Tiada alasan untuk tidak menyiapkannya.

fuhh...lega rasanya bila dapat berkongsi perasaanku denganmu. terima kasih "diary" kerana sudi mendengar.

Saturday, December 11, 2010

Teguran untuk yang menegur...

Assalamualaikum,

Dear diary,
Semalam aku ada mendengar peringatan daripada seorang sahabat berkaitan dengan isu tegur menegur ni. Aku rasa elok juga kalau aku ceritakan kepadamu supaya sama-sama dapat mengambil pengajaran.

Kadang-kala niat kita untuk menegur sahabat atau orang-orang di sekeliling kita mungkin sangat baik dan mulia. Namun, kadang-kala kita mungkin terlepas pandang akan perkara-perkara yang perlu dijaga semasa menegur seseorang.

Rasanya elok untuk aku tidak terus mengolah panjang menerangkan perkara ni. Cukuplah dengan aku melampirkan di sini sebuah puisi yang ditulis sendiri oleh Imam Syafie.

Nasihatilah diriku di kala aku sendiri,
Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian,
Kerana nasihat di muka umum adalah bagian dari penghinaan yang tak suka aku mendengarnya,
Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku,
maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu...

Jadi, aku rasa istilah "slow talk" tue suatu yang sangat bagus lah jika disertai dengan kata-kata yang sopan dan niat yang ikhlas.

Friday, December 10, 2010

falsafah seorang petani

Assalamualaikum,,,

My dear diary,

Hari ni aku punya masa yang lebih awal untuk berbicara kepadamu. Juga kerana aku tidak mahu apa yang ingin kubicarakan ini luput dari ingatanku jika kutangguhkannya sehingga malam nanti.

Aku teringat akan falsafah seorang petani dalam menyemai anak pokok. Jika sehebat manapun dia membajai anak pokok itu, menyiramnya dengan air yang cukup, namun anak pokok itu tetap tidak dapat tumbuh dengan baik sekiranya lalang-lalang yang ada di sekelilingnya itu turut merebut air dan baja yang diberikan itu.

Falsafah ini mengingatkan aku kepada kehidupan seorang manusia, atau lebih mudah jika diriku yang diambil sebagai contoh. Tidak kiralah betapa banyak majlis-majlis ilmu yang aku hadiri, mengikuti tarbiyah sana-sini, namun iman itu tidak dapat tumbuh dengan nyaman di hatiku jika ianya masih berakar dengan pelbagai lalang jahiliyah dan dosa-dosa yang kulakukan.

Lalu dosa-dosa itulah yang akan meragut segala baja dan siraman yang kuberikan kepada hati milikku ini. Tetapi bermula dari falsafah ini juga aku akan mula belajar sekiranya lalang-lalang ini perlu aku tebas sebelum iman ini akan kembali mekar di dalam hati. Aku perlu berjanji jika aku bukan sahaja ingin menebasnya, malah akan kucabut segala akar-akarnya agar ia tidak bisa berharap untuk tumbuh lagi dalam kesuburan hati milikku ini.

Insyaallah segalanya akan dimudahkan sekiranya Allah mempermudahkan...

sebelum terlupa, terima kasih diary ku! aku sungguh senang berbicara denganmu =)

Thursday, December 9, 2010

kekurangan diri...

Assalamualaikum...

Dearie diary...

Semalam sebelum tidur aku berfikir-fikir tentang suatu kata-kata yang bagiku sangat membawa erti..benarlah seperti apa yang aku dengar melalui filem "sang pemimpi" jika bahasa itu berkuasa..ia bisa mengubah seseorang menjadi sedih, gembira, marah, bersemangat, putus asa dan apa sahaja.

Begitu kata-kata itu menggoncangkan hatiku lewat malam semalam. ia berbunyi "anda tidak akan mampu melakukan perubahan sekiranya anda tidak mengakui apa yang perlu diubah"

Lalu semalam lah saatnya aku mencari-cari apa yang perlu diubah dalam diriku ini. Beberapa perkara yang aku lupa untuk mengakuinya selama ini. Alhamdulillah, rasanya berjaya aku temui beberapa dan insyaallah juga aku cuba melakukan perubahan terhadapnya..

Aku telah catatkannya atas nota kecil agar menjadi ingatan buatku setiap hari. Insyaallah...aku sedang melakukannya. doakanlah.

Wednesday, December 8, 2010

hijrah

Assalamualaykum....

Dear diary,

Ke mana sebenarnya aku membawa diriku ini? Sempena menyambut kedatangan tahun 1432 Hijrah ni aku telah berjanji pada diriku bahawa aku juga perlu berhijrah seperti mana berhijrahnya tahun ke tahun yang berikutnya.

Ada lima impianku yang sangat ingin kucapai bila berakhirnya tahun 1432 Hijrah ni. Satu daripadanya kelihatan hampir mustahil untuk dicapai. Aku baru saja menerima beritanya dua hari yang lalu. Tidak mengapa. Masih ada empat untuk aku usahakan.

Insyaallah, aku sangat percaya jika impianku ini akan bisa kuraih dengan semangat membara yang tak kunjung padam dan cekalnya hati menentang segala rintangan. Doakan aku...

Tuesday, December 7, 2010

Mimpiku...

Assalamualaikum...

Dear diary,

tahun kedua aku sebagai pelajar perubatan sangat menduga kecekalanku untuk mengejar mimpi-mimpiku. Namun ianya menyedarkan aku bahawa tidak mudah untuk aku mencapai segala impianku itu. Jalan yang harus aku tempuhi kadang-kala tidak akan lurus lalu perlulah aku menjadi tetap kuat dan cekal menggenggam mimpiku!

Insyaallah,aku akan terus cekalkan semangatku! Biarlah aku yang pertama dari kampungku yang meraih ijazah dari bumi Eropah ini.