Saturday, September 17, 2011

eskapisme, sampai bila?

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus,
macam mana aku tak kurus, ikan tak mau timbul.

Ikan oh ikan kenapa tak mau timbul,
macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput kenapa panjang sangat,
macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput,
macam mana aku nak makan, perut aku sakit.

Perut oh perut kenapa engkau sakit,
macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.

Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah,
macam mana aku tak mentah, kayu api basah.

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah,
macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.

Hujan oh hujan kenapa engkau turun,
macam mana aku tak turun, katak panggil aku.

Katak oh katak kenapa panggil hujan,
macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.

Ular oh ular kenapa nak makan katak,
macam mana aku tak makan, memang makanan aku.

~p/s: sampai bila kita nak salahkan orang lain atas apa yang terjadi pada diri kita? Mistake - admit and learn from it.

There are ways to be good again,

Hidup kita ni ibarat sebuah garisan lurus yang terhasil daripada cantuman titik-titik peristiwa kehidupan yang kita panggil pengalaman. Daripada semua pengalaman itulah kita membina kehidupan kita sekarang ini. Siapa kita pada hari ini, di mana pun kita berpijak, semua itu dibuat atas pilihan kita.

Firman Allah swt dalam kalam suci Nya;
" Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya." (99: 7-8)

Buatlah pilihan yang terbaik, =)

Wednesday, September 14, 2011

The Greatest Speech Ever Made



~not everyone can be a hero, but a hero can come from everyone...

Tuesday, September 6, 2011

pasca ramadhan 2011

Alhamdulillah, segala syukur saya panjatkan kepada Allah kerana telah mengizinkan saya mengakhiri Ramadhan sekali lagi dalam hidup ni. Mudah-mudahan Allah masih mengizinkan saya bersua dengan Ramadhan akan datang. Aminn...

Sejuta kemaafan juga saya pohonkan kepada semua yang mengenali diri ini termasuklah kepada pembaca blog sekalian. Sepanjang 30 hari berpuasa, sepanjang itulah saya berpuasa daripada menulis. Maaf sekiranya ada yang masih istiqamah membuka blog ini namun tiada post terbaru yang terhidang. Harap-harap hidangan ibadah di Ramadhan yang lalu lebih mengiurkan dari membaca tulisan di sini.

Pasca Ramadhan kali ini saya ingin mengajak diri sendiri termasuklah kenalan sekalian untuk kita sama-sama bermuhasabah / post-mortem kembali kesan tarbiyah yang kita ikuti sepanjang Ramadhan yang lalu. Sudah tentu kuantiti dan kualiti ibadah yang kita tambah pada Ramadhan ingin kita kekalkan ke bulan-bulan yang mendatang.

Apa khabar bacaan Al-Quran kita? konsisten kah sedekah RM1 setiap hari kita? Bagaimana solat di masjid? Hmm, mungkin sebahagian besarnya tergendala dek kerana hebatnya penangan makanan yang terhidang di bulan syawal ni. Bila perut sudah terlalu kenyang, maka nafsu yang dilatih dengan berlapar itu pun mula tumbuh 'tanduknya' semula. Maka tidak hairan lah jika semua rutin ibadah kita itu turut tergendala buat masa sekarang.

Apa pun, jangan mengalah! Kita ni manusia, bukannya robot. Biasa lah kalau sekali sekala kita terlupa atau terlalai. Sebab itulah kita perlu sama-sama mengingatkan.

Last but not least, mari susun semula resolusi kita pasca Ramadhan kali ni. Kepada kenalan di Cardiff, see u in 4 days time insyaallah. =)