Monday, December 27, 2010

agenda perubahan

Assalamualaikum...

Tidak dapat tidak hidup ini perlu punya agenda. Sebagai seorang muslim terutamanya, kita harus punya agenda yang besar iaitu untuk menyelamatkan umat yang sedang kebakaran kini. Terlalu hanyak masa kita dibuang sebenarnya hanya kerana ingin memutuskan cara bagaimana yang harus kita pilih untuk memadamkan api tersebut sedangkan umat sedang meraung2 meminta diselamatkan.

Saya tidak mengatakan kita tidak perlu memilih cara yang terbaik untuk tujuan itu tetapi berpadalah dalam perkara tersebut.setiap orang dibentangkan dengan pelbagai kaedah yang ideal dan berteraskan sunnah Rasulullah saw. Jadi, yang lebih penting bagi kita adalah untuk melaksanakan kaedah itu dengan amal-amal kita yang banyak berbanding cakap-cakap kita yang berpanjangan.

Pemilihan kaedah yang pelbagai itu sebenarnya suatu perkara yang menepati fitrah kita sebagai manusia. Bukankah itu yang berlaku semasa kita berdepan dengan kebakaran? Ada yang mengambil tindakan untuk menelefon pasukan bomba. Ada juga yang akan menelefon pihak ambulance. Lebih dari itu, pasti ada juga yang akan lebih berani merempuh gelojak api yang sedang marak itu untuk menyelamatkan manusia-manusia yang ditimpa musibah itu. Tindakan ini lahir berdasarkan penilaian masing-masing terhadap keadaan yang dihadapi. Jadi, tidak perlulah kita terlalu mempersoalkan tindakan-tindakan mereka kerana masing-masing akhirnya akan membantu dalam menyelamatkan mangsa kebakaran itu.

Bahkan gabungan kesemua kaedah itu akan lebih menambahkan keberkesanan dalam menyelamatkan mereka. Jadi, perlulah diingatkan bersama bahawa sekarang adalah waktunya untuk amal-amal kita berbicara lebih lantang berbanding ucapan-ucapan kita. Kita berdoa kepada Allah agar menetapkan kita dalam hidayah-Nya.

1 comment:

komen anda dihargai