Tuesday, December 28, 2010

jaulah part.1

Assalamualaikum....

Dear diary,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah kerana telah merahmati perjalanan jaulah kami yang berusia 10 hari itu. Ekspedisi menelusuri muka bumi Great Britain telah berjaya ditamatkan di bandar Cardiff tepat jam 7.30 malam pada hari Isnin yang lepas.

Sesungguhnya tiada kata dalam apa jua bahasa sekalipun dapat aku gunakan untuk melahirkan rasa syukur yang amat sangat ini melainkan dengan ucapan alhamdulillah. Jaulah yang pada asalnya nampak mustahil untuk dimulakan ini telah dipermudahkan sejak hari pertama kami berangkat. Keadaan salji yang turun seolah-olah tiada ampunnya tiba-tiba menjadi tenang dan mendamaikan.

Destinasi kami yang pertama ialah bandar juara seluruh dunia..LONDON! Tibanya kami di sana hanyalah untuk bermalam pada hari sabtu supaya pada hari ahadnya kami semua akan dapat melawat tempat2 menarik sekitar bandar kemegahan itu. Ditakdirkan lokasi bermalam kami ialah sebuah masjid kecil yang dihidupkan oleh sekumpulan jemaah tabligh. Aku kurang ingat jumlah mereka, tetapi mereka itu manusia-manusia yang sungguh hebat. Kami dilayan bagai saudara dekat yang sudah lama dirindui walaupun itu kali pertama kami berkenalan.

Persaudaraan kerana Allah yang terjalin selama hanya 18 jam itu telah mempertautkan hati-hati kaki sehinggakan perpisahan kami usai solat maghrib pada hari Ahad itu diiringi tangisan yang berbaur antara kesedihan dan kesyukuran atas pertemuan dan perpisahan itu. Aku akan cuba dapatkan photo kami bersama yang disimpan sahabatku, Afif.

Perjalanan kami diteruskan ke destinasi kedua iaitu bandaraya Manchester. Bandar yang sangat masyur di kalangan pelajar2 dari Malaysia kerana keistimewaan sebuah jalan yang dinamakan Rusholme. Istimewanya bandar ini adalah kerana ianya dihiasi dengan 1001 hidangan makanan yang lazat timur tengah dengan harga yang sangat berpatutan berbanding di tempat2 lain. Berjalan dalam kesibukan malam di Rusholme street membuatkan kami seolah-olah berada di sebuah negara timur tengah. Hampir 90% kedai dimiliki oleh orang Islam yang rata-ratanya memilih makanan sebagai tema utama perniagaan mereka.

Kami menginap selama 3 malam 2 hari di sana. Antara destinasi yang sempat kami lawati termasuklah stadium pasukan bolasepak kegemaranku sejak kecil, Manchester United. Stadium yang dikenali dengan nama Theathre of Dream @ Old trafford itu merupakan stadium EPL yang terbesar setakat ini. Selain itu, kaki juga berkesempatan melawat ke stadium2 lain seperti Emirates stadium, Stanford bridge, City stadium dan akhir sekali Anfield. Harap-harap ianya memenuhi impian sebahagian daripada kami yang begitu 'die hard fan' kepada pasukan kegemaran mereka.

Memandangkan aku sudah keletihan, insyaallah coretan jaulah ini aku sambung di lain waktu. Sekian, wassalam...

Destinasi berikutnya....liverpool,york,newcastle, glasgow,edinburgh, dan sheffield.

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai