Friday, December 10, 2010

falsafah seorang petani

Assalamualaikum,,,

My dear diary,

Hari ni aku punya masa yang lebih awal untuk berbicara kepadamu. Juga kerana aku tidak mahu apa yang ingin kubicarakan ini luput dari ingatanku jika kutangguhkannya sehingga malam nanti.

Aku teringat akan falsafah seorang petani dalam menyemai anak pokok. Jika sehebat manapun dia membajai anak pokok itu, menyiramnya dengan air yang cukup, namun anak pokok itu tetap tidak dapat tumbuh dengan baik sekiranya lalang-lalang yang ada di sekelilingnya itu turut merebut air dan baja yang diberikan itu.

Falsafah ini mengingatkan aku kepada kehidupan seorang manusia, atau lebih mudah jika diriku yang diambil sebagai contoh. Tidak kiralah betapa banyak majlis-majlis ilmu yang aku hadiri, mengikuti tarbiyah sana-sini, namun iman itu tidak dapat tumbuh dengan nyaman di hatiku jika ianya masih berakar dengan pelbagai lalang jahiliyah dan dosa-dosa yang kulakukan.

Lalu dosa-dosa itulah yang akan meragut segala baja dan siraman yang kuberikan kepada hati milikku ini. Tetapi bermula dari falsafah ini juga aku akan mula belajar sekiranya lalang-lalang ini perlu aku tebas sebelum iman ini akan kembali mekar di dalam hati. Aku perlu berjanji jika aku bukan sahaja ingin menebasnya, malah akan kucabut segala akar-akarnya agar ia tidak bisa berharap untuk tumbuh lagi dalam kesuburan hati milikku ini.

Insyaallah segalanya akan dimudahkan sekiranya Allah mempermudahkan...

sebelum terlupa, terima kasih diary ku! aku sungguh senang berbicara denganmu =)

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai