Tuesday, May 31, 2011
~Aisyah...istimewa~
isteri: Abang, betul ke apa yang saya dengar tentang Aisyah tu?
suami: Demi Allah, semua itu fitnah!
isteri: Pendapat abang camne?
suami: Awak rasa, Aisyah ngan awak siapa lagi mulia?
isteri: Hmmm...mestilah Aisyah!
suami: Kalau awak, sanggup tak buat kat abang macam tu?
isteri: Demi Allah, mestilah tak!
suami: Jadi, Aisyah pun takkan buat benda tu pada Rasulullah.
Hampir sebulan Aisyah terlantar di katilnya kerana tidak sihat sekembalinya dia dari peperangan Bani Mustaliq. Selama itu jugalah dia tidak pernah mendengar tentang fitnah tersebut kerana Rasulullah saw tidak pernah tergamak menyampaikan khabar angin itu kepada Aisyah. Dia hanya mengetahui berita itu apabila sudah sembuh dari sakitnya.
Hancurlah hati seorang isteri apabila mendengar fitnah yang telah merampas kebahagiaan rumah tangganya itu. Mujurlah masih ada sahabat-sahabat yang masih percaya padanya. Contohnya seperti yang terzahir melalui dialog di atas.
Dalam keadaan yang begitu kritikal dan tertekan, Aisyah meminta izin untuk pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya untuk mencari sedikit ketenangan menghadapi ujian yang berat itu. Dia menangis semahunya mengenangkan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Suatu hari, Rasulullah saw datang menziarahinya.
"Wahai isteriku, sekiranya engkau tidak bersalah, Allah pasti akan menolongmu, jika tidak, mohonlah keampunan dan bertaubatlah." kata baginda kepada isterinya.
Aisyah menyeka air matanya. Dia meminta ayah dan ibunya untuk bercakap mewakilinya namun kedua orang tuanya juga sudah kehilangan kata. Masing-masing buntu. Aisyah menguatkan dirinya untuk bersemuka dengan suami tercinta. Katanya;
"Jika aku katakan kepadamu bahawa aku tidak bersalah, dan Allah maha mengetahui sekiranya aku memang tidak bersalah, kamu tidak akan mempercayaiku; dan jika aku mengakui sesuatu yang Allah mengetahui bahawa aku tidak melakukannya, kamu akan mempercayaiku. Jadi, tidak ada lagi kata-kata untuk aku dan kamu melainkan kata-kata daripada Nabi Yusuf as;
"maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku). Dan kepada Allah saja memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan." [12:18]
Aisyah sebak. Mungkin terasa tidak tertanggung lagi dugaan yang maha hebat itu. Akhirnya, dalam keadaan yang semakin mendesak itulah Allah telah menurunkan wahyu kepada RasulNya bagi membuktikan kesucian Aisyah. Firman Allah;
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga)." [24:11]
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk prempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." [24:26]
Rasulullah saw adalah semulia-mulia manusia yang wujud di muka bumi pada ketika itu. Oleh itu, isterinya juga pastilah semulia-mulia pasangan yang Allah ciptakan buat insan semulia rasulNya.
p/s~ masih lagi menyimpan nama Aisyah sebagai calon nama favourite untuk bakal anak saudaraku. Jika tiada yang berminat, maka aku akan menyimpannya untuk anakku sendiri. Tapi, lambat lagi lah kot. =)
Monday, May 30, 2011
dan apabila janji itu kutemui...
photo taken from; http://www.socksoff.co.uk/walls05.html
Kehidupan kita ni sebenarnya ibarat perjalanan hidup sebatang pokok. Seperti mana kita dapat melihat setiap perubahan yang berlaku pada pokok tersebut, seperti itu jugalah kita menyedari setiap perubahan yang berlaku dalam diri kita.
Kita melihat sebatang pokok itu bermula dengan menumbuhkan tunas lalu menjadi anak pokok yang begitu kecil. Kemudian, kita melihat pokok itu tadi menumbuhkan beberapa helai daun muda. Setelah beberapa lama, maka membesarlah pokok itu dengan memiliki dahan dan ranting yang kuat serta dedaunan yang lebat. Masa kemudian akan terus berlalu dan kini kita melihat sekiranya pokok itu sudahpun tua dan beberapa helaian daun mula keguguran. Semakin hari semakin banyak daun-daun yang jatuh menyembah bumi dan akhirnya tibalah masanya untuk pokok itu menepati janji Tuhannya iaitu setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Begitu kerap kita melihat Allah swt menggunakan perumpaan tukang kebun dan hasil tanamannya sebagai pelajaran untuk kita di dalam Al-Quran. Sebagai contoh, Allah swt berfirman yang bermaksud;
"Maka ketika mereka melihat kebun itu, mereka berkata, "Sungguh, kita ini benar-benar orang yang sesat, Bahkan kita tidak memperoleh apa pun" (Al-Qalam:26-27)
Wahai kawan...mengaku atau tidak, kita sebenarnya menyedari setiap perubahan yang telah terjadi kepada diri kita. Kita sedar sekiranya kita saban hari semakin meningkat usia dan semakin jauh meninggalkan zaman kanak-kanak kita. Jika suatu ketika dahulu, ketika kita masih kecil, pernah kita tertanya-tanya bilakah saatnya kita akan merasai kehidupan seorang remaja, maka ketahuilah bahawa kita sedang melaluinya hari ini.
Kita menyedari semua itu! Mengaku atau tidak, itulah hakikat kehidupan kita. Kita mulakan kehidupan di dunia ini semenjak hari pertama kita dilahirkan dari perut ibu kita. Kemudian, kita melalui kehidupan ini sebagai seorang kanak-kanak dengan penuh keceriaan dan hati yang tidak dicemari dengan dosa.
Masa terus berlalu dan kita semakin meningkat dewasa. Banyak perkara baru yang telah kita lalui dan semuanya itu telah menjadi warna-warna yang melukiskan kehidupan kita di atas kanvas putih yang kita miliki. Saat-saat berharga sebagai remaja kini semakin tiba ke penghujungnya apabila usia kita kian meningkat.
Lalu, akan tibalah masanya kita melalui hari-hari tua dengan penuh kesabaran. Menunggu tibanya janji Tuhan untuk kembali bertemu denganNya. Dan akhirnya tibalah ketentuan yang paling pasti itu dan kita pun akan meninggalkan dunia ini dan segala yang ada padanya buat selama-lamanya.
Wahai kawan...setujukah kalian jika aku katakan kita semua sedang melalui kitaran ini? Setujukan kalian jika aku katakan yang kita sedar akan perubahan yang kita alami seban hari?
Lalu apa lagi yang engkau tungguh wahai kawan? Kerana hidup ini hanya menuju ke satu arah. Kita tidak akan dapat menemukan jalan untuk berpatah balik ke belakang untuk mengubah apa yang telah kita lakukan dahulu.
Kita hanya punya hari ini dan insyaallah esok untuk kita betulkan kembali semua kesilapan kita yang lalu.
Jika bukan hari ini, bila lagi kawan?
Jika bukan kita sendiri, siapa lagi kawan?
"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan beertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi." (Ghafir: 55)
Alam ini Allah jadikan untuk kita, jadi pelajarilah sebanyak yang engkau mampu darinya.
Monday, May 23, 2011
How to make Chinese chicken soup
Dulu tahu macam mana nak makan sup ni, baru sekarang tahu macam mana nak masaknya. Dah try minggu lepas. Alhamdulillah, walau tak sesedap yang di restoran tapi still boleh dijamah bersama housemates tersayang. =)
yang ditunggu tak kunjung tiba?
Ini hari pertama untuk clinical placement di Llandough Hospital. Ditakdirkan Allah, aku diletakkan di wad penjagaan orang tua di mana kebanyakan pesakit berumur lebih dari 65 tahun. Melihat keadaan mereka, hanya Allah swt saja yang tahu betapa aku tiba-tiba menjadi sedih dan takut.
Setiap kali aku menghampiri pesakit-pesakit di wad tersebut, aku menjadi sedar kiranya usia tua itu bukanlah waktu yang terbaik untuk melakukan ibadah. Terlalu banyak keuzuran yang terpaksa dilalui dan aku yakin pada masa tu, kita hanya akan disibukkan dengan pelbagai jenis rawatan untuk penyakit yang dialami.
Salah seorang daripada pesakit tersebut mempunyai koleksi gambar keluarganya di dinding wad tersebut. Bila aku perhatikan betul-betul, gambar tersebut menunjukkan perubahan yang jelas pada wanita tersebut kerana ia disusun mengikut perubahan usianya. Semua senyuman yang pernah diukirnya seperti yang ada pada gambar-gambar tersebut kini telah lama terkubur. Yang ada hanyalah sekujur tubuh yang tidak berdaya.
Semoga sedikit kesedaran ini akan menjadi penguat untuk aku berubah sesuai dengan kata Allah swt dalam Al-Quran;
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (99:7-8)
Janganlah tunggu tua baru nak bertaubat, kerana takut yang ditunggu itu tak kunjung tiba...

Wednesday, May 18, 2011
40 hari mengubah sikap
"Pemuda yang statik pasti akan rosak sepertimana air yang tidak mengalir"
Pengajaran yang mudah daripada alam. Bila kita tengok air longkang yang tersumbat, kita rasa geli sebab air tu kotor sangat. Tapi bila datang hujan lebat dan kita tengok air mengalir deras dalam longkang tu, kita jadi suka.
Kehidupan kita macam tu lah juga rasanya. Bila hidup ni dah rasa statik (read: tiada peningkatan), kita perlu cari sesuatu yang akan menggerakkan kita semula sepertimana hujan lebat yang mengalirkan air longkang tadi.
Maka, aku juga ingin mencari hujan rahmat itu untuk membasahi kembali kehidupanku dengan kesejukan iman dan hidayah. Target kali ni adalah untuk mengubah satu sikap buruk yang ada dalam diriku dalam masa 40 hari.
Tarikh hari ini ialah 18 May 2011. Jadi, 26 June 2011 nanti insyaallah satu sikap akan dapat diubah.
Kata Allah; "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubahnya sendiri"
I'm a man of my words..insyaallah!

Subscribe to:
Posts (Atom)