Tuesday, May 31, 2011

~Aisyah...istimewa~




isteri: Abang, betul ke apa yang saya dengar tentang Aisyah tu?

suami: Demi Allah, semua itu fitnah!

isteri: Pendapat abang camne?

suami: Awak rasa, Aisyah ngan awak siapa lagi mulia?

isteri: Hmmm...mestilah Aisyah!

suami: Kalau awak, sanggup tak buat kat abang macam tu?

isteri: Demi Allah, mestilah tak!

suami: Jadi, Aisyah pun takkan buat benda tu pada Rasulullah.


Hampir sebulan Aisyah terlantar di katilnya kerana tidak sihat sekembalinya dia dari peperangan Bani Mustaliq. Selama itu jugalah dia tidak pernah mendengar tentang fitnah tersebut kerana Rasulullah saw tidak pernah tergamak menyampaikan khabar angin itu kepada Aisyah. Dia hanya mengetahui berita itu apabila sudah sembuh dari sakitnya.

Hancurlah hati seorang isteri apabila mendengar fitnah yang telah merampas kebahagiaan rumah tangganya itu. Mujurlah masih ada sahabat-sahabat yang masih percaya padanya. Contohnya seperti yang terzahir melalui dialog di atas.

Dalam keadaan yang begitu kritikal dan tertekan, Aisyah meminta izin untuk pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya untuk mencari sedikit ketenangan menghadapi ujian yang berat itu. Dia menangis semahunya mengenangkan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Suatu hari, Rasulullah saw datang menziarahinya.

"Wahai isteriku, sekiranya engkau tidak bersalah, Allah pasti akan menolongmu, jika tidak, mohonlah keampunan dan bertaubatlah." kata baginda kepada isterinya.

Aisyah menyeka air matanya. Dia meminta ayah dan ibunya untuk bercakap mewakilinya namun kedua orang tuanya juga sudah kehilangan kata. Masing-masing buntu. Aisyah menguatkan dirinya untuk bersemuka dengan suami tercinta. Katanya;

"Jika aku katakan kepadamu bahawa aku tidak bersalah, dan Allah maha mengetahui sekiranya aku memang tidak bersalah, kamu tidak akan mempercayaiku; dan jika aku mengakui sesuatu yang Allah mengetahui bahawa aku tidak melakukannya, kamu akan mempercayaiku. Jadi, tidak ada lagi kata-kata untuk aku dan kamu melainkan kata-kata daripada Nabi Yusuf as;

"maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku). Dan kepada Allah saja memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan." [12:18]

Aisyah sebak. Mungkin terasa tidak tertanggung lagi dugaan yang maha hebat itu. Akhirnya, dalam keadaan yang semakin mendesak itulah Allah telah menurunkan wahyu kepada RasulNya bagi membuktikan kesucian Aisyah. Firman Allah;

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga)." [24:11]

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk prempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." [24:26]

Rasulullah saw adalah semulia-mulia manusia yang wujud di muka bumi pada ketika itu. Oleh itu, isterinya juga pastilah semulia-mulia pasangan yang Allah ciptakan buat insan semulia rasulNya.

p/s~ masih lagi menyimpan nama Aisyah sebagai calon nama favourite untuk bakal anak saudaraku. Jika tiada yang berminat, maka aku akan menyimpannya untuk anakku sendiri. Tapi, lambat lagi lah kot. =)

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai