Tuesday, March 9, 2010

Kempen 1 buku 1 bulan


Assalamualaykum...

" Perhatian! Perhatian! Perhatian! Dengan rendah diri saya ingin mengajak semua pembaca untuk sama-sama menyahut KEMPEN 1 BUKU 1 BULAN ini. Mudah-mudahan dengan kempen ini, kita semua sebagai umat Islam akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan. Semoga berjaya!"

Resolusi untuk menjayakan kempen:

1: meminjam / membeli satu buku yang sederhana tebal untuk dibawa dalam beg ke mana-mana sahaja.

2: membaca sekurang-kurangnya 10 mukasurat setiap hari.

3: menyenaraikan tajuk2 buku yang sudah dibaca dan dilekatkan di papan kenyataan dalam bilik sebagai penanda bilangan buku yang sudah dibaca.

4: Mulakan dengan membaca buku-buku yang membangun jiwa. Saya cadangkan buku "the sealed nectar" sebagai buku yang terbaik untuk mendalami sirah hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.

5: Jangan membaca terlalu banyak dalam masa sehari walaupun kita sangat bersemangat untuk membaca pada hari tersebut. Baca sekadar apa yang telah kita putuskan. Jika 10 ms sehari maka 10 lah ia. Tidak lebih.

6: Sambil bosan-bosan study (buku medic, engine, atau pharmacy) bacalah buku yang kita bawa bersama itu.


Bacalah! Bacalah! Bacalah! -Kita tidak punya siapa2 untuk disalahkan sekiranya ilmu kita cetek melainkan diri kita sendirilah yang bersalah.

4 comments:

  1. menarik..n the seales nectar mmg best n xmahal pon :)

    ReplyDelete
  2. aku beli buku tu dengan harga 7 pound which is agak murah. Ada seorang ikhwah ikhwanul muslimin pernah kata dalam khutbahnya; "we should promise that we will spread any info about prophet Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam to everyone be it books, emel, pamphlet or anything."

    ReplyDelete
  3. salam

    terbaek! mudah2an pemugaran budaya ilmu semakin meluas.

    just sharing here..

    Allah menegaskan bhw hanya org yg berilmu berupaya mentaati Allah dgn sebaik2nya (35:28)

    Muadz bin Jabal pon pernah cakap: Ilmu adalah ketua bg amal; amal mnjadi pengikutnya.

    jazakallah atas perkongsian akhi.

    moga kita semua tanam azam nak tmbah ilmu dan amalkan nya.

    ReplyDelete
  4. jazakillah juga atas perkongsian oleh saudari aisyarazak. harap2 semua ikhwah / at akan ambil berat tentang budaya membaca.

    ReplyDelete

komen anda dihargai