Tuesday, March 9, 2010

The Sealed Nectar


Sebelum kedatangan Islam ke Makkah, orang-orang Arab mempunyai sistem hidup sosial yang agak pelik dan tidak praktikal untuk melahirkan sistem masyarakat yang baik. Walaupun tidak dinafikan beberapa kualiti yang baik yang ada pada segolongan mereka namun kebanyakan daripada amalan sosial mereka adalah tidak rasional dan sukar diterima akal. Sedikit perkongsian mengenai sistem "perkahwinan" masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam;

Terdapat 4 jenis perkahwinan yang diketahui;

1: Perkahwinan biasa seperti yang terdapat pada hari ini. Ayah atau wali akan menyerahkan anak perempuan / perempuan dalam jagaannya kepada seorang lelaki setelah mahar diserahkan.

2: Dalam perkahwinan jenis yang kedua, seorang suami akan menyerahkan isterinya yang baru tamat tempoh haid untuk tinggal bersama-sama lelaki lain dengan tujuan untuk mendapatkan anak. Setelah mengandung, isteri tadi akan kembali kepada suaminya dan mereka boleh meneruskan hubungan kelamin seperti biasa.

3: Perkahwinan ketiga. Sekumpulan lelaki (kurang dari 10 orang) akan meniduri seorang perempuan. Apabila didapati perempuan tadi mengandung semua lelaki tersebut akan dipanggil dan perempuan tersebut berhak memilih lelaki mana yang akan menjadi bapa kepada bayi tersebut. Lelaki yang dipilih tidak mempunyai alasan untuk menolak pilihan tersebut.

4: Perkahwinan keempat. Seorang pelacur akan ditiduri oleh seberapa ramai lelaki yang ingin menidurinya. Kebiasaannya dia akan meletakkan bendera di pintu depan rumahnya sekiranya dia sedang melayani seseorang. Jika tiada bendera maka orang lain boleh masuk ke rumahnya. Apabila mengandung dan melahirkan anak, salah seorang daripada lelaki-lelaki tersebut akan dipilih untuk menjadi ayah kepada bayi tersebut dan lelaki itu perlu menerima pilihan tersebut.

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah mengharamkan semua jenis perkahwinan tersebut dan menggantikannya dengan satu-satunya sistem perkahwinan Islam yang wujud hingga ke hari ini.

Begitulah sedikit perkongsian yang diperoleh melalui pembacaan buku "the sealed nectar". Saya baru baca sampai muka surat 50. Banyak lagi yang perlu dibaca. Doakan saya.

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai