Monday, March 8, 2010

Kewajiban seorang saudara muslim

Iman Al-Syahid Hassan Al Banna telah berkata;

"Wahai saudara yang jujur! Keyakinan saudara terhadap persetiaan (bai'ah) ini, menuntut saudara menunaikan kewajiban berikut sehingga menjadi batu-batu yang kukuh bagi binaan kita"

1: Hendaklah saudara wiridkan (membaca) Al-Quran kira-kira satu juzu' setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya supaya dapat khatam dalam tempoh tidak lebih dari satu bulan tetapi jangan lah dihabiskan dalam tempoh kurang dari tiga hari.

2: Hendaklah saudara membaca Al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiaanya. Saudara juga hendaklah mempelajari sirah perjalanan hidup Rasulullah dan sejarah angkatan Salafus-salih yang mampu dilakukan sesuai dengan ruang waktu yang ada pada saudara. Sekurang-kurangnya saudara membaca buku 'hamatul-Islam' sebagai permulaan. Hendaklah saudara memperbanyakkan membaca hadith-hadith Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dan menghafal sekurang-kurangnya empat puluh hadith iaitu Hadith 40 susunan Imam Nawawi. Saudara juga hendaklah mempelajari sebuah risalah atau kitab mengenai usul-usul 'aqidah dan sebuah kitab mengenai hukum-hakam fiqah.

3: Hendaklah saudara segera berjumpa tabib (doktor) supaya diperiksa kesihatan 'am saudara. jika didapati apa-apa penyakit hendaklah saudara segera mencari ubatnya. Saudara hendaklah mengambil berat terhadap sebab-sebab kekuatan badan dan pemeliharaannya. Di samping itu hendaklah saudara menjauhkan dari perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan.

4:Hendaklah saudara menjauhkan diri dari meminum kopi, teh atau minuman menyegarkan seumpamanya secara berlebihan. Janganlah saudara meminumnya kecuali di ketika yang sangat perlu, dan janganlah sekali-kali saudara menghisap rokok.

5: Hendaklah saudara mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara, dalam rumahtangga, pakaian, makan-minum, tubuh badan dan tempat kerja (pejabat) kerana agama ini dibina atas dasar kebersihan.

6: Hendaklah saudara bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7: Hendaklah saudara menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan jangan sekali-kali saudara memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

8: Hendaklah saudara bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab), semulia-mulia keberanian ialah berani berterus-terang dalam perkara yang benar dan sanggup menyimpan rahsia, berani mengaku kesilapan diri sendiri, sanggup menyedarkan diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah.

9: Hendaklah saudara bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kesungguhan sikap ini tidaklah sampai kepada peringkat sehingga menahan saudara dari bergurau senda dengan cara yang benar dan ketawa dengan senyum.

10: Hendaklah saudara bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun sesuatu yang buruk, dengan cara menunjukkan kegembiraan kepada sesuatu kebaikan dan menunjukkan kedukacitaan terhadap sesuatu yang buruk. Hendaklah saudara bersikap merendah diri tetapi bukan kerana berasa hina atau bertongkat dagu kepada orang lain. (Jika saudara menuntut sesuatu) hendaklah saudara memintanya kurang dari martabat saudara kerana dengan cra demikian saudara dapat mencapai martabat sebenarnya dengan kebenaran.

Ini adalah sebahagian daripada pesanan Iman Al-Syahid Hassan Al Banna dalam risalah al-Ta'lim. Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai