Thursday, November 5, 2009

ujian itu tarbiyah..

"Chem2X, dia kata nak bagi ISK!" semua ketawa termasuk Chem (Kamal Haziq) apabila saya mengajukan namanya untuk pengisian petang itu. Biasanya begitu. Masing-masing cuba mencadangkan nama orang lain untuk pengisian tazkirah usai bacaan ma'thurat di surau An-Nur..

"Bismillah arrahman arrahim.." Farid akhirnya bersuara setelah hampir 5 minit kebuntuan mencari pentazkirah petang itu.

Ujian adalah tarbiyah! Itu lah isi penting yang telah mendarah daging dalam diri saya daripada pengisian Farid petang itu. Istimewanya sahabat yang seorang ni. Jarang bersuara, tetapi setiap kali bersuara pastinya berhikmah dan memberi manfaat. Manfaat itu harapnya kepada diri ini juga.

"Pokcik, bola macam mana? Menang ke kalah?" Tak terhitung banyaknya rakan-rakan yang bertanyakan soalan tersebut. Segan juga nak menjawab kerana pasukan saya kalah semua perlawanan. Namun sangat gembira rasanya kerana setiap soalan itu datangnya dari rakan-rakan seperjuangan dahulu di Kolej Mara Banting (KMB) . Besyukur atas pertemuan semula setelah agak lama berpisah.

"Nots game ni macam reunion budak-budak KMB je." "Baguslah macam tu! Dapat jumpa kawan-kawan balik."

Itu antara dialog-dialog yang saya dengar semasa di Nots game. Mengingatkan saya kepada kenangan di KMB, juga kepada isi tazkirah 'Ujian itu tarbiyah" dari akh Farid.


Mari sama-sama meneliti satu analogi mudah yang sempat saya fikirkan...


Pasukan futsal saya tewas besar mungkin kerana ini pertama kali menyertai pertandingan ini. Mungkin juga 'skills' setiap pemain pun masih di tahap yang boleh diperbaiki. Justeru, jika tahun depan ditakdirkan dapat bertanding lagi, mungkin peluang untuk menang lebih besar. Itu pun jika sepanjang tahun ni kami semua menjalani 'tarbiyah' / 'latihan' dengan baik.


Analoginya mudah - Jika larian saya masih perlahan, kenalah saya 'ditarbiyah' untuk berlari laju. Jika 'skill' mengawal bola masih lemah, kenalah saya 'ditarbiyah' untuk mengawal bola dengan baik. Betul tak?


Maksudnya??? - setiap 'latihan' atau kita sebut 'tarbiyah' itu memang tujuannya untuk mengatasi sesuatu kelemahan yang ada pada diri kita. Logik tak?


"Tak faham lagi lah apa yang awak cuba cakap ni...macam tak kena je awak guna perkataan 'tarbiyah' untuk benda-benda tu semua.."


Hmmm...ok! Kita cuba mudahkan;


Kita suka dan asyik dengar perkataan 'tarbiyah' ini dalam pengisian atau penulisan keagamaan. Justeru, saya cuba mencari analogi untuk meringankan pemahaman kita kepada 'tarbiyah' ni.


Analogi yang sama akhirnya;


"Entah la ustaz, ana pun hairan. Dah macam-macam ana buat. Ana bab-bab solat, baca Al-Quran, usrah dan yang lain-lain ana ok je, tapi...dengan perempuan ana lemah sikit lah!"


"Macam mana nak buat untuk elakkan kita dari terpengaruh dengan video-video yang tak elok kat Youtube, Metacafe, bla..bla...? Saya dah try banyak kali untuk tinggalkan benda ni tapi susah la..."


"Hehe..aku perempuan-perempuan ni tak main la..tapi aku addicted Naruto lah plak.. Macam mana nak buat? Ada nasihat tak?"


#p/s: Nampak tak persamaan ketiga-tiga dialog ni?


Analoginya - Setiap orang miliki kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Sebab itu lah ujian kita lain-lain. Ada orang Allah SWT uji dengan kelembutan dan redup pandangan seorang wanita. Ada yang diuji dengan jutaan 'sawang-sawang' / 'web-web' tidak elok di dunia siber. Ada juga diuji dengan kekurangan harta dan berbagai-bagai lagi ujian. Menandakan Allah SWT itu Maha Mengetahui akan setiap ciptaan Nya.


Objektif Ujian: Tarbiyah


Seperti yang saya katakan di awal tadi, 'latihan' / 'tarbiyah' itu tujuannya untuk mengatasi kelemahan diri. Selalunya orang yang melatih kita itu tahu bahawa kita perlukan sesuatu latihan itu untuk meningkatkan potensi kita. Begitu juga lah ujian yang Allah SWT berikan. Tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk meningkatkan potensi diri kita.

Jika kita sayangkan seseorang, pasti kita akan cuba bantu atasi kelemahan yang ada pada diri 'si dia' kan. Betul tak? Begitu jugalah ujian yang diberikan kepada kita itu menandakan yang Allah SWT itu sayangkan kita dan DIA mahu kita atasi kelemahan yang ada pada diri kita ini.

JADI...Bersangka baiklah dengan segala ujian yang datang kepada kita kerana itu tandanya kita masih ada YANG sayang. Janganlah putus harapan kepada Yang Maha Pengampun...kerana walau sebesar mana dosa yang kita bawa, pasti lebih besar keampunan dari Nya. Sesetengah ulama' malah berkata haram hukumnya jika kita bersangka bahawa dosa kita itu terlalu besar dan tak akan diampunkan oleh Allah SWT. Seolah-olah kita menafikan sifat Nya yang Maha Pengampun.

UJIAN BERKALI-KALI....

"Selagi kamu tak pandai sepak guna kaki kiri, selagi tu la kamu kena belajar sepak petang ni. Kalau tak ,kamu tak boleh balik."

Begitu jugalah UJIAN...Datangnya kekadang berulang kali kepada kita. Terasa tidak tertanggung rasanya bila ujian yang sama datang menimpa berulang kali. Terasa tidak betah lagi menghadapinya..

Sampai bila???

Sampai lah kita sudah redha dengan ujian itu dan kita sudah bisa memenangi setiap dari ujian itu. Sampai lah kita sudah dapat mencapai objektif ujian itu tadi iaitu mengatasi kelemahan diri tersebut.

Yang lemah dengan wanita akan dikira sudah mencapai objektif ujian sekiranya dia sudah bisa menangkis godaan wanita. Yang miskin harta akan dikira mencapai objektif ujian sekiranya dia redha dan bersyukur dengan apa yang diberikan Allah SWT.

Begitulah analoginya.....UJIAN ADALAH TARBIYAH..

~Allahu'alam..


7 comments:

  1. ok2, maksudnya ujian setiap org berbeza,
    melalui ujian Allah, kita dpt kenal kelemahan diri, dan berusaha memperbaikinya.
    Aku ada kelemahan yg aku kadang2 rasa x mampu nak perbaiki, tp x pe, insyaAllah aku x putus asa.
    Bak kata ko, ujian berkali-kali, aku pun akan cuba mangharunginya berkali-kali.
    :)
    Thanks pok cik, praktikal dlm daily life...

    ReplyDelete
  2. nice la pokcik...siyes nice...aku ske =)

    "Allah Ta'ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu' akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,' yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya"
    (K.H. Rahmat Abdullah, Episode Cinta Sang Murabbi)

    ReplyDelete
  3. salam pokcik...nice la..ada org kata recent post kat blog ana mcm kesinambungan post ni:)
    salam dari bumi manchester

    ReplyDelete
  4. Layman's terms.. very good

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    patut la tdo xlena je ni,ade orang sebut upenya..hihi

    hmm.ujian itu tarbiyah @ tarbiyah itu ujian?sama x?
    fikir2kanlah

    ReplyDelete
  6. ohh rupe-rupenye pokcik pon ade blog.. alhamdulillah.. keep on blogging.. moga bermanfaat insyaallah.

    ReplyDelete
  7. Salam. Pok cIK!!! rindu sesangat. maaf terhilangkan emel pok cik, this is my email fisziomar@yahoo.com, jemput datang ke blog, ada post khas buat pok cik, hehe

    ReplyDelete

komen anda dihargai