Monday, November 30, 2009

tak penat ke?

Assalamualaikum...

Maaf kerana lama menyepi. Banyak yang ingin diluahkan namun semuanya berakhir hanya di hati kerana bimbang untuk menulis sebenarnya...bimbang diri ini menjadi '
mamat' yang digambarkan dalam ayat tersebut;

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" as-saff:3-4

Tapi, tujuan ayat ini diturunkan bukanlah untuk melarang kita dari memberi nasihat tetapi ia lebih kepada kata-kata motivasi dari Allah SWT kepada kita supaya kita sentiasa beringat sebelum kena. Tanda sayang!....

Untuk post kali ini saya berminat untuk bercerita pula. (teringat semasa menyertai pertandingan bercerita ketika darjah empat);

Pada suatu hari.....(dibaca dengan nada kanak2 sekolah)

....Seorang pemuda baru sahaja selesai menamatkan sesi perguruannya dengan seorang ulama' yang terkenal. Selama berada di bawah pengawasan ulama' tersebut, pemuda itu telah banyak mendalami ilmu agama. Gurunya itu pun sangat sayang akan pemuda tersebut kerana kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu. Pada masa tersebut, tidak ramai lagi pemuda-pemuda yang sanggup merantau jauh demi mencari ilmu agama.

Setelah selesai mengemaskan barang-barangnya, pemuda itu pun berjumpa dengan gurunya buat kali terakhir sebelum pulang ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Gurunya yang sudah maklum dengan pemergian muridnya itu menghampirinya lalu memeluk pemuda itu sambil menangis. Sedih benar melepaskan anak didik yang diasuh selama ini..


"Anakku, apakah yang akan engkau lakukan sekiranya syaitan laknatullah datang mengganggu mu?" ulama' tersebut mula bersuara.



"Demi Allah, aku akan melawannya guru!" pemuda itu menjawab dengan penuh semangat.


"Kemudian, jika ia datang lagi?" "Aku akan terus melawan dengannnya sehingga syaitan itu tewas wahai guru." pemuda mula kehairanan.


"Kemudian, jika ia datang lagi?" Si guru terus mengulangi soalan yang sama dan pemuda itu juga tetap dengan jawapannya.


"Wahai guruku, apakah maksudmu mengulangi soalan yang sama berulang kali? Apakah salah jawapan yang aku berikan?" Tanya pemuda tersebut kehairanan.



"Begitulah anakku, engkau akhirnya akan letih menjawab soalanku itu. Engkau tewas dengan soalan itu anakku. Oleh itu, dengar lah nasihatku ini..."

"Jika suatu hari engkau berjalan-jalan dan tiba-tiba datang seekor anjing hitam yang garang mengejarmu, apa yang akan engkau lakukan? Adakah engkau akan lari..lari...dan terus berlari? Tidak anakku, kerana akhirnya engkau akan letih jua. Engkau mungkin dapat lari pada awalnya, tetapi engkau pasti akan kepenatan dan akhirnya engkau akan dicelakakan oleh anjing itu. Justeru, yang lebih baik ialah engkau meminta bantuan dari pemilik anjing itu untuk menjinakkannya kembali. Kerana pemiliknya pasti lebih tahu bagaimana menangani anjingnya."

"Itulah maksud soalanku tadi wahai anakku! Menjawab soalanku yang berulang kali saja sudah bisa meletihkanmu, bagaimana pula jika benar-benar syaitan itu datang mengganggumu nanti? Adakah jawapanmu masih sama? "berlawan dengannya"....

....engkau bisa berlawan dengannya wahai anakku tetapi ingatlah bahawa akhirya nanti engkau akan kepenatan. Syaitan itu memang tidak akan pernah penat dan putus asa dalam menyesatkan kita. Dia akan terus datang dari kiri, kanan, depan dan belakangmu untuk menjerumuskan engkau ke lembah maksiat. "tidak akan penat!"

Justeru, jadikanlah kisah anjing hitam tadi sebagai pelajaran penting buatmu wahai anakku! Mungkin ianya lebih penting dari segala ilmu yang engkau pelajari bersamaku selama ini kerana ia bisa menyelamatkan seluruh kehidupanmu."

"Terima kasih wahai guru! Soalan tadi telah melengkapkan ilmu yang kupelajari darimu."

Pemuda itu kemudiannya berangkat pulang ke kampung halaman dengan nasihat berguna untuk disampaikan pula kepada yang lain.....(kebenaran cerita ini tidak dipertanggungjawabkan)
____________________________________________________________________

Pengajarannya....daripada kita asyik nak berlawan dengan syaitan, lebih baik jika kita mendekatkan diri dengan Allah SWT kerana Dia lah pemilik kepada syaitan itu. (masih ingat kisah pemilik anjing tadi?)..Apabila kita rapat dengan Allah dan memohon agar Dia jauhkan syaitan dalam kehidupan kita, pasti KITA YANG MENANG!

Tak perlu berlari lagi.....


"So, kita tak perlu lawan dengan syaitan? Takkan kot?"

Macam ni.....cuba dengar yang ini;

"Baiklah murid-murid, sekarang saya nak kamu semua JANGAN bayangkan buah durian dalam fikiran kamu!" kata seorang motivator dalam seminarnya

Rasa-rasanya berapa orang pelajar yang tidak akan terbayangkan buah durian itu?

jawapannya = 0

PASTI
.....semua pelajar akan mula membayangkan buah durian dalam fikiran mereka apabila mendapat arahan sedemikian walaupun sebentar tadi tiada seorang pun yang terfikir tentangnya..


Agaknya mengapa?


Sebenarnya otak manusia ini tidak dapat mendefinisikan maksud JANGAN. Sebab itulah kita sepatutnya menasihatkan supaya buat itu dan ini. Bukan JANGAN buat itu dan ini kerana perkataan jangan itu tidak berjaya diterjemahkan akhirnya...


Tak percaya?

Cuba buat eksperimen ke atas diri anda sendiri....

Kalau betul pun, apa kaitannya dengan cerita lawan syaitan tadi?

Begini, tujuan sebenar saya bercerita kisah anjing hitam, pemuda vs syaitan dan buah durian itu adalah untuk mengajak diri saya dan saudara-saudari sekalian untuk menilai kembali rutin kehidupan harian kita.

Apakah kita termasuk golongan yang suka berlari dari anjing tadi atau kita dari golongan yang satu lagi?(minta tolong pemilik anjing itu)

ORANG YANG BERLARI akan berkata: "yes....hari ni aku berjaya mengelakkan diri dari menipu.", "aku dah seminggu tak mencuri", "aku dah sebulan dapat jaga mata".....dan seterusnya.

Bagaimana dengan esok? minggu depan? bulan depan? tahun depan? boleh tahan lagi? tak penat ke?

GOLONGAN KEDUA akan berkata: "yes...hari ni aku dah baca 20 muka surat Al-Quran." "minggu ni dah 2 kali tahajud", "bulan ni dah 3 hari puasa sunat", "mathurat dah baca", "solat jemaah hari ni alhamdulillah lengkap"...dan seterusnya.

Apa bezanya kedua-dua golongan ini?
Golongan pertama akan selalu berfikir tentang mencuri, menipu, tengok benda haram dan macam-macam lagi benda yang berdosa dan maksiat. Kerana otak kita tidak terjemahkan perkataan 'jangan' dan 'tidak'. Jadi, lama-kelamaan mereka ini akan buat juga maksiat yang selalu mereka fikirkan hari-hari tu.

Golongan kedua akan selalu berfikir tentang solat jemaah, baca Al-quran, solat tahajud, puasa dan segala jenis kebaikan yang mampu diusahakan. Justeru, mereka ini akan sentiasa terpelihara pemikirannya dari perkara-perkara maksiat dan negatif.

Golongan yang kedua ini lah yang TIDAK PENAT...

Jadi, penuhilah rutin harian kita dengan amal kebaikan. Buatlah checklist amal (mutaba'ah amal) supaya kita semua termasuk dalam golongan kedua. Semoga ada kebaikan darinya...Allahu 'alam....


p/s: ambil yang baik saja, yang buruk itu tinggalkan ia di sini...



9 comments:

  1. awat label dia "roy jenkins hall"? :p

    ReplyDelete
  2. salam...saja label roy jenkins hall sebab malas dah nak fikir nak label apa. Jadi, letak nama asrama saja..

    ReplyDelete
  3. wah! pokcik,entri yg mencerahkan..
    kdg2 kita rasa ade 2 cara shja bila berdepan dgn hawa nafsu dan godaan syaitan.. larikan diri (elakkan) atau lawan (dgn segala upaya kita) bila bertembung.. both lead to kepenatan.. but, as a muslim and mu'min, kita ada satu lagi option yg pastinya kita akan menang.. Kita ada Allah s.w.t.

    Terima kasih pokcik.. tibe2 rasa tersedar dari mimpi dan ke'tidur'an.. mcm kepala baru terhantuk.. Jazakallah.

    ReplyDelete
  4. mudah-mudahan kita terus istiqamah dengan mutabaah amal...walaupun sedikit, janji berterusan.

    ReplyDelete
  5. jangan tak update blog pok cik~
    maksudnye pok cik akan update blog lg la kan sbb manusia x leh mendefinisikan maksud 'jangan'. aku kena banyak doa supaya dijauhkan drpd syaitan~
    ^_^ (aiman...)

    ReplyDelete
  6. payid: lama tak dengar khabar? Dengar dah pindah rumah kan? insyaallah cuti nie jumpa kat edinburgh ye.

    Aiman: "jangan update"...hihi..harap2 dapat selalu update la sebab nnti dah makin sibuk dengan medic nie.

    ReplyDelete

komen anda dihargai