Thursday, March 11, 2010

kenapa tulis blog?


Mengapa saya menulis blog?

Kadang-kala dalam menjalani kehidupan seharian ada sahaja perkara-perkara yang berlaku yang menyebabkan saya berada dalam keadaan 'diluah mati emak, ditelan mati bapa". Ada ketikanya saya rasa terlalu banyak benda yang tak dapat saya sampaikan melalui lisan. Rasa perlu sangat bagi tahu tapi tak mampu. Lebih-lebih lagi kepada mereka-mereka yang rapat dengan saya ataupun yang saya sayang sangat. Mereka inilah yang menjadi salah satu punca saya menulis blog kerana bagi saya biarlah jari-jemari ini yang berkata-kata jika lidah sudah tidak mampu berkata.

Kadang-kala saya nak bagi tau "terima kasih kerana buat begitu. Saya betul2 sedar sekarang nie" tapi saya tak dapat jadikan dalam bentuk lisan. Jadi, biarlah sususan-susunan huruf di dalam blog ni yang menyatakannya.

Kadang-kala saya nak cakap "aku betul2 minta maaf sebab buat macam ni, macam tu" , "jangan la buat macam tu, tak baik kan", "Jom buat begini" dan macam-macam lagi tapi semuanya berakhir dengan monolog dalaman. Sebab itulah saya rasa perlu untuk menulis.

Mesej saya kali ini:

"Hargailah masa ini dan perkara-perkara yang berlaku dalamnya kerana bila kita kehilangannya, kita hanya mampu untuk mengenang dan merinduinya. Kita sudah tidak mampu membeli dan melalui masa yang berlalu itu dan semua yang terjadi dalamnya."

maksudnya:

Bila berada di UK ni, kita selalu merindui masa-masa lalu di Malaysia. Rindu akan roti canai, nasi lemak, teh tarik dan macam-macam lagi perkara yang menarik sepanjang kita berada di sana. Teringat masa pergi makan rojak dan cendol di Banting, mandi laut di Teluk Cempedak dan macam-macam lagi.

Tapi percayalah;

Bila bumi UK ini nanti kita tinggalkan, pasti tersimpan seribu satu kenangan manis yang akan kita bawa pulang ke Malaysia. Kita akan teringat betapa nikmatnya tidur dalam 'duvet' di malam yang dingin tanpa nyanyian nyamuk. Kita akan rindu untuk makan lamb kebab / chicken kebab, rindu kenangan masak kari ayam yang tak jadi, rindu berjalan dalam keindahan bunga-bunga di taman dan kita pasti rindu saat-saat susah senang kita membawa nama anak melayu di perantauan ini. Jauh dari ibu dan ayah. Jauh dari keluarga dan kebiasaan kita.

Namun kenangan-kenangan indah itu hanya akan mampu terjadi jika apa yang kita lalui hari ini diberikan keindahan. Hari ini yang indah sudah pasti menjadi sejarah yang indah pada hari esok untuk kita kenang. Hari ini yang buruk sudah pasti menjadi sejarah yang buruk pada hari esok sehingga tidak mahu kita mengenangnya. Oleh itu, marilah melakar keindahan-keindahan dalam kehidupan yang kita lalui seharian ini agar pada suatu hari nanti kita akan menitiskan air mata kegembiraan mengenang hari ini. Hari yang memberi makna kepada siapa kita di masa depan.

Maafkan saya kerana agak berpuitis sehinggakan mesej yang cuba disampaikan tenggelam dalam kesamaran bahasa.

Mesej sebenar:

1: Jika kita seorang kawan, jadilah kawan yang terbaik.
2: Jika kita seorang student, jadilah student yang tekun.

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai