Tuesday, February 9, 2010

kehilangan rasa


Jika kau memancing ikan dan ikan itu telah lekat pada mata kailmu, maka ambil lah terus ikan itu...
Janganlah sesekali kau lepaskannya kembali ke laut kerana ikan itu pasti telah terluka akibat mata kailmu itu...
Dan kesakitan itu pasti akan terus menemaninya sepanjang hayatnya...



Jika kau sudah mempunyai sepinggan nasi yang berkhasiat dan kau yakin dapat mengenyangkan, mengapa masih mencari yang lain?
Mencari yang lain yang kau rasa lebih baik...
Sedangkan engkau masih belum pasti adakah ianya benar-benar baik untukmu ataupun tidak.
Akhirnya engkau dapati apa yang dikejar itu hanyalah tipuan belaka,
dan nasi yang kau tinggalkan tadi telah rosak dan tidak dapat dimakan lagi.



p/s: benar-benar kehilangan idea untuk mengarang. Maafkan kelemahan diri.

3 comments:

  1. kisah seorang pemuda di kawasan ladang jagung...

    tok guru:
    ha, kamu pergi cari jagung yang terbaik di ladang ini.

    maka pemuda itu pun mencarinya.

    pemuda:
    tok guru, saya sudah jumpa jagung ini, yang mantap.

    tok guru:
    kamu pasti jagung itu yang terbaik di ladang ini? cuba cari lagi.

    pemuda itu pun lalu meneruskan pencariannya, dan menjumpai jagung yang lebih baik.

    pemuda:
    tok guru, ini jagung yang terbaik yg dijumpai!

    tok guru:
    kamu pasti ini jagung yang terbaik? luas kot ladang ini..

    maka pemuda itu sekali lagi mencari jagung, dengan harapan untuk menjumpai yang terbaik...

    pemuda:
    tok guru! saya telah jumpa yang ini...warnanya kuning keemasan, dan ini jagung yang besar.

    tok guru:
    kamu pasti itu yang terbaik?
    ________________________________

    redho aja atas apa yang kita ada...
    jgn jadi yg dikejar tak dapat, yang dikendong bercucuran (betul ke peribahasa ni?)

    bos, afwan/sorry/mintak maap tak pi cardiff ritu, ada urusan yg diberitahu selepas tiket udah dibeli...tu yg capek ganti tu...

    ReplyDelete
  2. sedih tak dapat jumpa dia...huhu.btw, jazakallah atas komen.

    ReplyDelete
  3. 3 thun lbih lg di bumi uk + (x) tahun lg di penang iA...blh je jmpe nnt... =)

    senyum2 sokmo

    x = unknown quantity :p

    ReplyDelete

komen anda dihargai