Tuesday, September 6, 2011

pasca ramadhan 2011

Alhamdulillah, segala syukur saya panjatkan kepada Allah kerana telah mengizinkan saya mengakhiri Ramadhan sekali lagi dalam hidup ni. Mudah-mudahan Allah masih mengizinkan saya bersua dengan Ramadhan akan datang. Aminn...

Sejuta kemaafan juga saya pohonkan kepada semua yang mengenali diri ini termasuklah kepada pembaca blog sekalian. Sepanjang 30 hari berpuasa, sepanjang itulah saya berpuasa daripada menulis. Maaf sekiranya ada yang masih istiqamah membuka blog ini namun tiada post terbaru yang terhidang. Harap-harap hidangan ibadah di Ramadhan yang lalu lebih mengiurkan dari membaca tulisan di sini.

Pasca Ramadhan kali ini saya ingin mengajak diri sendiri termasuklah kenalan sekalian untuk kita sama-sama bermuhasabah / post-mortem kembali kesan tarbiyah yang kita ikuti sepanjang Ramadhan yang lalu. Sudah tentu kuantiti dan kualiti ibadah yang kita tambah pada Ramadhan ingin kita kekalkan ke bulan-bulan yang mendatang.

Apa khabar bacaan Al-Quran kita? konsisten kah sedekah RM1 setiap hari kita? Bagaimana solat di masjid? Hmm, mungkin sebahagian besarnya tergendala dek kerana hebatnya penangan makanan yang terhidang di bulan syawal ni. Bila perut sudah terlalu kenyang, maka nafsu yang dilatih dengan berlapar itu pun mula tumbuh 'tanduknya' semula. Maka tidak hairan lah jika semua rutin ibadah kita itu turut tergendala buat masa sekarang.

Apa pun, jangan mengalah! Kita ni manusia, bukannya robot. Biasa lah kalau sekali sekala kita terlupa atau terlalai. Sebab itulah kita perlu sama-sama mengingatkan.

Last but not least, mari susun semula resolusi kita pasca Ramadhan kali ni. Kepada kenalan di Cardiff, see u in 4 days time insyaallah. =)

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai