Monday, March 28, 2011

"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"

Sekiranya agenda perjuangan menegakkan Islam di Malaysia telah menggunakan kaedah yang tepat, pastilah kita sudah mampu melihat hasilnya yang besar setelah negara ini merdeka lebih 50 tahun lamanya. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku. Nilai-nilai Islam kian luntur dalam kalangan bangsa Melayu sehinggakan ada di antara mereka yang sudah jijik dengan agenda perjuangan Islam. Golongan ini marah apabila bangsa mereka ditindas namun mereka hanya duduk diam tanpa pernah berusaha untuk mengangkat kembali martabat bangsa ini.

Mereka lebih gemar 'menonton' ahli-ahli potitik bercakaran dan saling menjatuhkan tanpa pernah cuba untuk memikirkan apakah formula yang terbaik untuk merawat kecederaan umat Islam di tanah air sendiri. Mereka ini juga nampak gah dengan kata-kata mereka yang tajam melalui blog-blog atau facebook namun apabila kita ajak berbicara tentang amal yang mampu membangunkan identiti muslim yang cemerlang, mereka hanya menuding jari kepada pihak itu dan ini dan mula menuduh ini salah dan itu salah.

Walau apa pun yang terjadi, kita tidak mahu terus menyumpah kegelapan yang berlaku di tanah air ini, sebaliknya kita mahu menyalakan lilin untuk menerangi kembali masa depan ummah dan negara tercinta ini. Ayuh! Mari kita sahut panggilan dakwah ini. "Melayu sepakat, Islam berdaulat"


No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai