Tuesday, March 15, 2011

Kempen 5 untuk Palestin!


Assalamualaikum wbt...

Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam golongan yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Kali ni saya ingin berkongsi tentang kempen 5 untuk Palestin!

Kempen yang bakal diadakan di seluruh dunia ini merupakan inisiatif daripada pihak Aman Palestin dengan mendapat kerjasama daripada Isma Eropah. Kempen ini bakal dilaksanakan melalui program "Road Show Palestin" yang akan menjelajah ke beberapa buah negara di Eropah termasuklah United Kingdom, Ireland dan Jerman.

Road show kali ini mempunyai unique selling point (USP) nya yang tersendiri kerana bakal membawakan seorang tokoh yang sangat berpengalaman dan berkaliber iaitu Dr Zainurrashid Zainuddin atau lebih mesra dengan panggilan Dr Z! Beliau merupakan perunding Aman Palestin Malaysia selain turut diberi kepercayaan untuk menjadi naib presiden I-Medik.

Dr Z yang juga merupakan seorang doktor pakar sakit puan pernah suatu ketika dahulu menjadi pelajar perubatan di Royal College of Surgeon, Ireland (RCSI) dan melengkapkan bidang kepakarannya di United Kingdom. Jadi, sudah pasti banyak pengalaman beliau yang dapat dikongsikan kepada kita terutama sekali mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar!

Nantikan kemunculannya April ini!

No comments:

Post a Comment

komen anda dihargai