Thursday, December 29, 2011

pertukaran ke blog baru

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah, satu blog baru iaitu diaridakwah.wordpress telah disiapkan untuk menggantikan blog ini. Blog ini boleh dilawati pada pautan berikut:
http://diaridakwah.wordpress.com/

Tiada artikel2 daripada blog ini akan dimuatkan dalam blog baru saya. oleh itu, bilangan artikel masih lagi sangat sedikit pada blog baru ini. Mudah-mudahan artikel yang dikongsikan akan memberikan banyak pelajaran buat saya dan semua.

Wednesday, November 2, 2011

berakhirnya wardatul iman

Assalamualaikum wbt...Dalam sekejap masa lagi, blog wardatuliman ini akan berkubur bersama kenangan-kenangan dan pelajaran-pelajaran yang ada di dalamnya. Insyaallah blog ini akan digantikan dengan sebuah blog baru dan alamatnya akan diberikan sedikit masa lagi.

Tuesday, October 11, 2011

Kita insan biasa




Assalamualaikum wbt...

"Sungguh beruntunglah mereka yang Allah swt berikan hidayah secara terus-menerus sehinggalah mereka menemui ajalnya dalam keadaan beriman kepada Allah. Ingatlah, barang siapa diberikan hidayah oleh Allah, maka tiada suatu apa pun yang dapat menyesatkannya.

Sungguh rugilah mereka yang Allah swt biarkan sesat sehinggalah akhirnya mereka menemui ajal dalam keadaan tidak beriman kepada Nya. Ingatlah juga barang siapa yang Allah biarkan sesat, maka tiada suatu apa pun yang dapat memberinya petunjuk."

Begitulah serba sedikit mukaddimah yang selalu diucapkan oleh seorang sahabat saya ketika diminta memberi tazkirah. Setiap kali mendengarnya membuatkan saya terfikir sejenak tentang diri sendiri. "Di mana sebenarnya aku ini?"

Kadang-kala saya menjadi takut apabila memikirkan nasib sendiri. Adakah kita ini berada dalam golongan yang diberikan hidayah terus-menerus atau sebaliknya? Namun, kerisauan yang lebih besar sebenarnya berlaku apabila kita ini berada dalam golongan yang sesat namun dijadikan hati kita ni terasa betul akan semua perkara yang kita lakukan.

Tidak takut kah kita?

Cuba fikirkan sejenak akan rutin harian kita. Jika kita teliti betul-betul akan setiap perkara yang kita lakukan seharian, adakah semuanya itu benar-benar mengikut perintah Allah atau sebaliknya? Sebagai contoh, kita mungkin seorang peminat drama korea selama bertahun-tahun lamanya dan tiba-tiba kita tersedar jika yang kita tonton selama ni hanyalah gadis-gadis korea yang comel2. Kemudian, dek kerana minat yang begitu mendalam, kita seolah-olah meminta agar Allah mengerti dan memaafkan kita kerana terpaksa terus menonton drama korea kerana sudah begitu terbiasa.

Bila kita fikir-fikirkan semula, tidak kah perkara-perkara sedemikian menjadi tanda sekiranya hati kita ini telah dijadikan terasa indah kepada perbuatan-perbuatan dosa?

Jadi, di golongan mana kita sekarang?

Perjalanan hidup kita ini hanyalah umpama kehidupan sebatang pohon yang Allah nukilkan berkali-kali di dalam Al-Quran.

"Apakah engkau tidak memerhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkanNya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sungguh pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal sihat."

Kita pernah menjadi bayi, kemudian kita membesar sehinggalah ke alam remaja. Seterusnya berkerjaya, berkeluarga dan bila masa berlalu kita akan menjadi tua dan akhirnya kembali menghadap Illahi. Tidakkah ayat di atas memberi pelajaran berguna buat kita?

Seperti mana tanam-tanaman yang dijadikan bermacam-macam, begitulah juga kita sebagai manusia. Ada tumbuhan yang dijadikan indah untuk kita memandangnya tapi bukan untuk dimakan, ada juga yang lazat rasanya walaupun kurang pada rupanya. Setiap orang punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting sebenarnya ialah untuk kita memberi dengan kelebihan itu dan menerima seadanya kekurangan itu.

Seperti mana tanam-tanaman yang dihinggapi pelbagai parasit dan perosak, begitulah juga manusia. Sepanjang hidup ini, telah banyak khilaf dan dosa yang telah kita lakukan untuk menzalimi diri sendiri. Tidak lah itu bermakna yang kita perlu terus-menerus hidup dalam keadaan bergelumang dalam dosa tersebut. Kita sebenarnya punya pilihan untuk menentukan masa depan sendiri.

Bak kat pepatah, bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana tidak bergelora. Begitulah, kita ini hanya...insan biasa.

Thursday, October 6, 2011

kembara ilmu



Assalamualaikum wbt...

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana telah lama blog ini terbiar dan tiada post2 yang baru. Kesibukan sebagai pelajar perubatan di tahun 3 sememangnya memberikan hambatan waktu yang sangat hebat. Jadi, buat masa yang terdekat ni saya hanya mampu berkongsikan video-video yang menarik yang saya rasa banyak memberi pengajaran buat kita semua. =)

Monday, October 3, 2011