Monday, March 28, 2011

"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"

Sekiranya agenda perjuangan menegakkan Islam di Malaysia telah menggunakan kaedah yang tepat, pastilah kita sudah mampu melihat hasilnya yang besar setelah negara ini merdeka lebih 50 tahun lamanya. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku. Nilai-nilai Islam kian luntur dalam kalangan bangsa Melayu sehinggakan ada di antara mereka yang sudah jijik dengan agenda perjuangan Islam. Golongan ini marah apabila bangsa mereka ditindas namun mereka hanya duduk diam tanpa pernah berusaha untuk mengangkat kembali martabat bangsa ini.

Mereka lebih gemar 'menonton' ahli-ahli potitik bercakaran dan saling menjatuhkan tanpa pernah cuba untuk memikirkan apakah formula yang terbaik untuk merawat kecederaan umat Islam di tanah air sendiri. Mereka ini juga nampak gah dengan kata-kata mereka yang tajam melalui blog-blog atau facebook namun apabila kita ajak berbicara tentang amal yang mampu membangunkan identiti muslim yang cemerlang, mereka hanya menuding jari kepada pihak itu dan ini dan mula menuduh ini salah dan itu salah.

Walau apa pun yang terjadi, kita tidak mahu terus menyumpah kegelapan yang berlaku di tanah air ini, sebaliknya kita mahu menyalakan lilin untuk menerangi kembali masa depan ummah dan negara tercinta ini. Ayuh! Mari kita sahut panggilan dakwah ini. "Melayu sepakat, Islam berdaulat"


Wednesday, March 23, 2011

Monday, March 21, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Setiap orang pasti punyai haluan hidup yang tersendiri. Ada orang hidupnya senang, kaya raya, ramai kawan dan serba-serbi lengkap. Namun ada juga manusia lain yang hidupnya sedikit berbeza. Mungkin serba-serbi tidak lengkap jika dinilai pada neraca duniawi. Namun, adakah kekayaan dan pangkat itu menjadi penentu kejayaan atau kegagalan seseorang manusia itu? Jawapannya mungkin 'ya' sekiranya neraca duniawi yang kita gunakan.

Jadi, bukalah mata dan lihatlah dunia yang luas ini! Mengapa perlu bersedih dengan sesuatu yang sudah ditetapkan Allah swt buatmu. Lihatlah dunia ini dari sisi akhirat, nescaya ia tidak akan pernah mampu mengecewakanmu. Bersyukurlah dengan segala yang pernah engkau terima daripada Penciptamu dan hargailah segala yang masih ada padamu. Jangan pernah engkau tangisi sesuatu yang hilang darimu kerana nilainya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat yang engkau perolehi.

Hayatilah sebuah nasihat daripada Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dalam "Mencari Sakinah":

Friday, March 18, 2011

Bola

Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ni ada terbaca post di blog seorang kawan tentang bola! Tiba-tiba rasa teringat pulak pada kenangan-kenangan saya bermain bola. Jadi, kali ni saya nak kongsikan lah beberapa keping gambar yang menjadi bukti bahawa saya dan bola itu sinonim. Gambar-gambar ini saya aturkan mengikut urutan waktu sejak saya masih bersekolah sehinggalah yang terkini.


Gambar kenangan pada final bola sepak peringkat daerah seberang perai selatan. Tewas 3-1 kepada Sekolah Mutiara Impian


Mewakili pasukan Anak Pulau ketika perlawanan persahabatan menentang Permatang Janggus.


Gambar kenangan ketika final plate menentang Nottingham.


Bersama maskot Cardiff European Games 2010 (kawan saya jugak yg jadi maskot)


Ikhwah Cardiff yang bersemangat. Gambar ini diambil ketika musim bunga 2010.


Bersama rakan sepasukan ketika mewakili Cardiff dalam Nottingham Malaysian Games.


Pasukan Kismet 3.9. Nama pasukan diambil sempena restaurant yang menyediakan buffet termurah di Cardiff dan kami adalah regular customernya. Ini merupakan gambar terkini (Mac, 2011)

Insyaallah esok (19 Mac 2011) saya akan bermain dalam Cardiff European Games (CEG) buat kali kedua. Harapan saya adalah untuk merasai keseronokan bermain bola! Harap-harap tidak terlalu tension dengan tekanan perlawanan esok.

Saya mempunyai cita-cita untuk terus giat dalam arena bolasepak ini sehingga lah saya bersara dari menjadi doktor! Insyaallah. Saya melihat bahawa inilah sukan yang menjadi medium terbaik untuk menambah kenalan dan mengeratkan hubungan yang sedia ada. Melaluinya, kita dapat mengenal karakter sebenar rakan kita. Dari situ, kita mempunyai idea untuk mengenali mereka dengan lebih rapat.

Akhir sekali, Majulah Sukan untuk Dakwah!

Wednesday, March 16, 2011

A doctor in the house


Assalamualaikum wbt...

Tahniah saya ucapkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad atas kejayaan beliau melengkapkan bukunya yang bertajuk "A doctor in the house: The memoirs of Tun Mahathir Mohamad". Buku ini telahpun berada di pasaran ketika ini.

Sudah pasti ramai pembaca di luar sana yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan buku yang sangat bernilai ini. Saya sendiri agak teruja untuk membelinya kerana banyak yang boleh dipelajari daripada rentetan peristiwa yang dialami oleh salah seorang tokoh politik yang paling berpengaruh di rantau Asia ini!

Tuesday, March 15, 2011

Kempen 5 untuk Palestin!


Assalamualaikum wbt...

Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam golongan yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Kali ni saya ingin berkongsi tentang kempen 5 untuk Palestin!

Kempen yang bakal diadakan di seluruh dunia ini merupakan inisiatif daripada pihak Aman Palestin dengan mendapat kerjasama daripada Isma Eropah. Kempen ini bakal dilaksanakan melalui program "Road Show Palestin" yang akan menjelajah ke beberapa buah negara di Eropah termasuklah United Kingdom, Ireland dan Jerman.

Road show kali ini mempunyai unique selling point (USP) nya yang tersendiri kerana bakal membawakan seorang tokoh yang sangat berpengalaman dan berkaliber iaitu Dr Zainurrashid Zainuddin atau lebih mesra dengan panggilan Dr Z! Beliau merupakan perunding Aman Palestin Malaysia selain turut diberi kepercayaan untuk menjadi naib presiden I-Medik.

Dr Z yang juga merupakan seorang doktor pakar sakit puan pernah suatu ketika dahulu menjadi pelajar perubatan di Royal College of Surgeon, Ireland (RCSI) dan melengkapkan bidang kepakarannya di United Kingdom. Jadi, sudah pasti banyak pengalaman beliau yang dapat dikongsikan kepada kita terutama sekali mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar!

Nantikan kemunculannya April ini!